Followers

Monday, March 21, 2011

~~WE'RE OVER NOW!!~~




hye guys..
bape ramai yang penah putus CHENTA???
n bape ramai plak yang sambung balik ngan EX2 korang???
n bape ramai plak yang dah sambung balik xsampai beberapa bulan putus balik???
confirm xterkira kan???

adoyaii...
susah sebenarnya nk lupakan orang yang penah kita sayang...
tp percayala, setiap benda berlaku da hikmah tersendiri...
kita BREAK ngan someone, maybe kita xda jodoh ngan dia...
mungkin jugak kita ditemukan aje, n bukan dijodohkan???

da pepatah cakap:

"Jika kita menyayangi seseorang, kita harus melepaskannya pergi... Jika dia pergi dan xpernah kembali lagi, dia bukan milik kita... Namun jika dia pergi dan selepas sekian lama, dia kembali, jangan sesekali lepaskan dia pergi..."

CHENTA tulis ENTRY ni bukan sebab ape...
benda ni pernah terjadi kt CHENTA...
kapel putus kapel putus...
sampai bila2 pown xkan pernah habis kalo kita asek melayan...
kalo dah jadik camtu, silalah cari guy lain...
dah terang2 dia bukan untuk kita lagi...

tak dinafikan susah untuk melupakan dia...
tapi percayalah...
seandainya kita ada USAHA, confirm akan berjaya...

n kat bawah ni tips2 CARA MELUPAKAN BEKAS KEKASIH...
ni sedikit sebanyak boleh membantu korang...
CHENTA mintak izin share dr someone untuk letak kt blog ni...




1. sila buang/delete nombor telefon bekas kekasih anda.

ini penting ya. sebab kalau korang da menyimpan nombor telefon dia, kemungkinan besar korang akan sentiasa menghantar mesej, membuat missed call, atau  menelefon dia. kalo korang melakukan demikian, korang akan bersedih kalau-kalaulah bekas kekasih korang tidak melayan anda.

2. sila buang/delete gambar-gambar bekas kekasih anda.

maybe susah nak buat, tapi ini  penting.. korang kena kuat!!! korang kena pastikan xda satu gambat pown melekat kt hanpom or lappy korang!!

3. sila buang/delete facebook, friendster, myspace, tagged etc. bekas kekasih anda.

tak payahlah korang nak sibuk stalk page bekas kekasih korang lagi. nanti kalau tiba-tiba korang  nampak ada perempuan/lelaki lain yang pergi menggedik dengan dia, korang juga yang perit kan? jadi, henti-hentikanlah dengan perangai setiap 10 saat korang pergi menjenguk ke  facebook, friendster, myspace. tagged etc. beliau.

4. hentikan bermesra dengan bekas kekasih anda.

kononlah korang ini satu pejabat, tak pun satu sekolah, satu kelas, satu course, atau apa-  apa yang satulah kan. tolong jangan masih mahu menggedik pergi tersenyum, atau membuat muka memohon simpati terhadap bekas kekasih korang. 

jangan mahu buat-buat  terjatuhlah, sakitlah, kerja tak siap lah atau apa sahaja yang boleh melibatkan korang menarik perhatian dia. 

kalau boleh, sila pergi melepak dengan rakan-rakan baik korang, ataupun  cubalah untuk bermesra dengan lelaki/perempuan yang lebih kacak bergaya daripada  bekas kekasih korang. barulah korang boleh membuka minda korang yang selama ini setiap-2  minit-mahu-menyebut-nama-si dia.

5. tukar imej baru.

ok. ini seronok. selepas korang sedih menonggeng, pergilah rajinkan diri ke salon. tukarlah  stail rambut yang baru ya. potong rambut ke, rebond ke, perm kan ke. 

kalau korang macam  ada duit banyak sikitlah kan, pergilah beli baju baru, kasut baru, semua barulah. dari kepala  sampai ke kaki yang baru. 

biarkan terjojol biji mata bekas kekasih korang jika terserempak  dengan korang kan. lagipun, kalau dah cantik-cantik handsome ni, mestilah ada orang yang  cantik dan lagi handsome dari bekas kekasih korang tu cuba nak mendekati korang. :D



CHENTA dah buat semua cam kt atas tuh!!! 
thanks GOD!!
berkesan cangat!!
so, korang pown patot cuba jugak!!!

2 comments:

cahaya cinta said...

sya xdpt pom...skian lmo mcbe....
huhuhuhuhu.....

cHeNtA cHayAnG nUrUl said...

kena kuatkan diri...
tuh yang penting...
jangan cpeat mengalah...
kalo sy bole buat, awk pown mesti bole buat...
pompuan da feeling yg same...
so, selamat mencuba..

Post a Comment