Followers

Wednesday, March 23, 2011

~~I HATE BEING FOOLED!!~~

hahahah...
xtually tajuk aje yang gempak...
p isi hampeh...

xkesahla pe korang nk cakap...
ni blog sy kot, so ske hati sy la nk wt title ENTRY ape kan????
dah2!! jangan suka jaga tepi kain orang...
ngeeee...

dah2!!
saje buat ENTRY ni sbb nk la GUY2 kat luor tu tau pe la yang gurl xsuka sal guy...
so, xda la dorang terpinga2 kalo CHENTA dorang ditolak2...

meh2!!
usha ENTRY ni...







1. MENINGGIKAN SUARA
Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. 

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. 

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sKalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. 
5. EGO
Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan.  Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. 
7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. 
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. 

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. 
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. 
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. 

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. 
13. PANAS BARANAduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOKIni satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. 
15. PENGOTORAda segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. 
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. 
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAISukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya.
 Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELITLelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. 
20. SUKA KONTROL MACHOPeh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. 


alamakkkk....
ada ke yang dah tersentap???
maap ye cik abang...
saje nk share...
janganla marah...
buat pedoman jela...
byeee!!!!

5 comments:

cahaya cinta said...

biasa r tu...cpe yg mkn cili dye r yg ase pdsnye tu kn?????

cHeNtA cHayAnG nUrUl said...

like...=)

Syed Mohd Faizal said...

Apakah sikap wanita yang paling lelaki tak suka?

Hey ladies....Beruntungkan kalau dapat teman/suami yang baik, jarang marah & selalu bagi muka kat orang perempuan. Tapi awas... jangan ambil kesempatan terhadap sikap baik mereka. Kesabaran mereka pun ada hadnya. Sebaik dan sesabar mana pun seseorang lelaki, tetap ada perkara-perkara yang dia tak suka pasangannya buat. Jom kita survey, antara 5 perkara berikut yang manakah paling tidak disukai oleh lelaki jika dilakukan oleh pasangan wanitanya.

1. Emosional tak bertempat/ terlalu kerap (become too emotional )

2. Memuji lelaki lain di hadapan mereka (give compliment to other man in front of them)

3. Tidak pernah puas dengan apa yang ada (never know how to appreciate things & always want more)

4. Buat keputusan tanpa berbincang/terl alu suka mengawal segalanya @ Queen control

5. Cemburu berlebihan.. (too jealous)

6. Tidak Simpati, prihatin, dan mengambil berat.

cHeNtA cHayAnG nUrUl said...

grrr,,,
mekaseh syed...
really appreciate that...
t sy wt entry baru eh????

Syed Mohd Faizal said...

No prob...
Ur welcome :)

Post a Comment