Followers

Sunday, March 20, 2011

~~STRESS!!!STRESS!!!~~






ayoyo...
kawan2...
xmaula stress2 niii...
xbagus tok kesihatan...
tau la EXAM dh dekat...
assignment plak melambak2 xciap...
lab report pown xciap2...
sabarlaaa...
kita same aje...
xbanyak beza...
kalo kawan2 stress, saya pown stress jugak...
stress2 pown kne la pandai manage...
janganla sampai gadoh2...
grrr...

meh saya share cikit TIPS MENGURANGKAN STRESS....
hope semua bole cuba tips ni...


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
2) Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lace lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. 
3) Banyakkan Solat Sunat
 Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4) Selalu Berdoa Kepada Allah
Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. 
5) Bersangka Baik Dengan Allah
 kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu. Perasaan redha, tawakkal dan berserah kepada qadha dan qadar Allah sangat membantu untuk mengurangkan tekanan jiwa menghadapi pelbagai kesulitan hidup.
6) Lakukan Kegiatan Luar Seperti Bersukan dan Beriadah
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. 
7) Amal Diet Dengan Disiplin Yang Kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. 
8 ) Menangis Dengan Sepuas Hati
Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9) Hargai Kebolehan Diri Sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
10) Cintai Diri Sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.




retrieved from: http://sitik.wordpress.com/2009/09/02/10-tips-mengurangkan-tekanan-stress/

2 comments:

FurBall said...

alhamdulillah..ini laha yg kita mahu.bila stress baru nak mendekat kan diri dgn tuhan..ehehehe..tade lah..at least ingat kan??jejeje..dr aku nih..erk.

cHeNtA cHayAnG nUrUl said...

grrr...
tuhla...
kadang2 kita lupa...
so, kne sentiasa mengingati...
betol x mus???

Post a Comment