Followers

Monday, March 7, 2011

~~PESANAN CIKGU~~

ENTRY ni chenta nk cte sal pesanan cikgu skolah chenta... sesaper ex MRSM kuantan tuh mesti kenal ngan cikgu biologi nih, PN WAN RUHILA... dia sangat sweet... sangat chomel... penuh dengan nasihat... 


TERIMA KASIH CIKGU untuk pesanan ini... Sebenarnya pesanan nih ditujukan kepada student lelaki... tapi xpela, just untuk SHARE2...


enjoy da reading... ngeeeeee... =)




PESANAN IKHLAS DARI CIKGU BUAT SEMUA JEJAKA EX-TERENDAK & KUANTAN YANG SEDANG MENCARI CALON ISTERI

by وان روهيلا وان حسن on Tuesday, February 15, 2011 at 12:06pm


DUHAI ANAk-ANAK JEJAKA YG CG SAYANGI. MENCARI CALON ISTERI BUKAN PERKARA MAIN-MAIN. IA BAKAL MENCORAKKAN MASA DEPAN ANAK-ANAK 100 %. SEMOGA ANAK-ANAK BERTEMU CALON ISTERI SEBEGINI. AMEEN


1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung seandai anak-anak mempeolehi isteri wanita sebegini.


2. Kecantikan Dalaman
Lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik luaran ,itu dikira sebagai BONUS.


3. Manja
Bersifat keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.


4. Pandai Menjaga Kecantikan
Pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri tapi tidak keterlaluan.


5. Berakhlaq Mulia
Perbuatan & tingkah laku yang mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.


6. Tidak Mempamer Keseksian
Aurat sentiasa terjaga . Kemana-mana hijab terpasang untuk mengelak fitnah. Lelaki tidak suka mempamerkan isteri kerana keindahan diri wanita adalah untuk suami yang sah sahaja..


7. Tidak Cerewet
Sikap cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.


8. Memahami Lelaki

Menjadi impikan semua lelaki untuk memperisterikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti - Bersopan santun/ Senantiasa memaniskan wajah/ Senantiasa memberikan senyuman ikhlas/ Menutup aurat/ Ramah dan mesra/ Tidak terlalu cemburu/ Menghormati orang lain




Berbahagialah anak-anak jika nendapat calon isteri yang demikian sifatnya... Sesungguhnya teramat penting memilih calon isteri yang betul kerna dia bakal melahirkan zuriat anak-anak & bakal membawa anak-anak samaada ke syurga atau mengheret ke neraka. NAUZUBILLAH...

2 comments:

Syed Mohd Faizal said...

Sangat2 berguna kepada saya.. start mlm nih nak hafal satu persatu.. semoga bbertemu dgn ciri2 d atas amin..

cHeNtA cHayAnG nUrUl said...

hahahaa...
yeke nk hafal...???
so sweet...

pape pown selamat mencuba...=)

Post a Comment